sedihnya kisah ibu ni...

Assalamualaikum...
bosan2, aku blogwalking..so, terjumpa pulak kisah sedih ni..bacalah.. 

sumber: klik sini

Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!


Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau  datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik air mata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…

Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

Sabda Rasullah S.A.W: 
Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

P/S: Saya sayang mak saya..tak sabar nak balik rumah..tido dengan mak sambil peluk mak..(fine, aku anak manja!!!)

terengganu part1

assalamualaikum..

sabtu lepas kami sekelas melawat ke terengganu..kononnya melawat kilang batik laa, nak ikut silibus laa..tapi biasala, jalan je lebih..huhu..kami bertolak pukul 2.30 pagi (dalam tentatif)..tapi last2 dekat pukul 4 pagi baru gerak..biasala, tunggu org tu, tunggu org ni..

dalam bas, tido jela..kami sampai dalam pukul 12.30 tengah hari dah..so, terus ke homestay durian burung..rumah ni ada 10 bilik, memang luas laa...
kami share bilik!!! (azrin, me and zima)


lepas siap2 semua, kami gerak ke kilang batik..NACC (Noor Arfa Craft Complex)..ni kira yang paling popular la dekat terengganu..
depan homestay (maaf sebab tengok camera adjie..hahaha)


demo2..kreatif sungguh abg ni..


mengecap batik



lepas tu, gerak ke pasar payang..kira tempat shopping la sini..sebelum tu, kami makan dulu..sebab lapar sangat, dh 4 petang kot...

pasar payang...


destinasi seterusnya ke pantai batu burok..tapi tak jumpa satu pun batu yang burok??huhu

jom terbang!!!

semua muka dah lunyai


second day!!! melawat ke Sutera Semai..


membuat beg anyam

cantik dan halus sangat..harga pun baik punya!!! rm800 kain pelikat ni..berbaloi laa, nak buat pun susah dan rumit


next!!! taman tamadun Islam

masjid kristal

jom main tiang macam sekolah rendah dulu..hik3


 nanti sambung lagi okey..bubye!!!