aku pun tak paham..kahwin ni susah ke??

assalamualaikum..

fuh..lega sangat hari ni..mana taknya, baru lepas exam..last paper pulak tu..(tapi soklan susah la td)
arghh..abaikan je..yg aku tau aku nak balik lepas zohor jap g..balik kedah dulu..yeahhh!!!

sebenarnya nak cerita sesuatu..hari tu aku ada terbaca paper..dalam 2 minggu lepas rasa..ada kajian yg dibuat kat Malaysia..korang tau x kajian pe? kajian pasal kawin..haaa..sebut pasal kawin, terus buka mata luas2 eh..gedik!!

kajian tu dah buat analisis lepas dia kumpul data..(pergh..kajian tindakan ni)..eh, ngarut2..kajian mendapati 60% lelaki di malaysia tercinta ni tak berkahwin dan 40% wanita tak berkahwin...sebab apa ye?

lelaki tak kahwin sebab wang tak mencukupi utk pembiayaan wang hantaran, yg wanita pulak sebab tak da calon sesuai..alahai..kesiannya..

bagi aku, kawin tu tak susah, tapi kita yg susahkan..aku rasa Allah tak cakap pun kena hantaran RM10k++ baru boleh kahwin..ye dok?? tapi kita ni selalu nak ikut orang..nak ikut retis..nak pelamin RM5k, kek 20 tingkat sampai nak potong kena naik tangga, nak tukar baju 20 ke 30 pasang..ish3..ni perangai cetan ni..hahaha...pakai baju saiz gajah, tapi perasan kecik macam saiz rusa..mana nak muat..terkoyak rabak laa..pastu anak 10 orang pun dok sangkut dengan hutang lagi..

bagi aku, pihak lelaki n perempuan kena saling faham..kalau lelaki tu kaya, lantak hang laa nak letak 6juta pun..tapi dah kalau dia pun sengkek, patut2 yg dia mampu sudahla..tak payah la membebankan pihak lelaki..kesian...bagi aku, aku n family tak letak harga..biar je pihak lelaki bagi..tapi pihak lelaki pun jangan la ambik kesempatan sampai nak bagi 200 je..hahaha..apa yg penting bincang la dulu, berpakat..

satu lagi yg aku tak paham, kenapa orang sekarang letak harga ikut pendidikan?? anak aku cikgu, paling kurang pun kena RM15k..anak aku pulak doktor, mestila kena lebih dari anak hang!! haa, kalau mak long cakap macam ni la mak long, alamat anak dara mak long tumbuh janggut dulu laa..hahaha..

pastu alasan tak boleh kawin sebab mak or ayah tak bagi..ni benda yg suami aku pantang..bagi dia, mak ayah tak boleh halang, terutamanya anak lelaki laa..kalau dia dah nak, bagi jela..kecuali la kalau mak bapak dia teringin sangat nak tanggung dosa anak dia..*tangan di bahu, mata di atas..kalau alasan tak da keja tu, tak dapat la den nak nolong..huhuhu..(bagi jela kawin, dok rumah lama2 pun buat habis beras ja..kah3)

tapi kan, family aku semua kawin awal tau..aku je lambat sebab 23 baru kawin..yg lain 16 ke 18 dah kawin..kiranya lepas SPM terus kawin laa..dah nak kawin, bagi jela kan..tapi alhamdulilah, setakat la ni semua bertanggungjawab walaupun kawin awal, faham tugas masing2, pandai cari duit..yela, dah ada bini, kena cari duit laa...

dahla, banyak pula aku mengarut hari ni..penat dah menaip hoi..aku tinggalkan korang dengan ni..

Sabda Rasulullah SAW

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

p/s: kesian kat orang lelaki yg teringin nak kawin, tapi ada masalah dengan wang hantaran pihak perempuan yg membebankan..so, perempuan2 semua, jangan letak mahal2 sangat tau..buat ala kadar sudah..kalau tak, kawin lambat la korang..rugi2..syok ooo kawin..hahaha...(ayat nak bagi jeles)



bubye!!

2 masalah murid:

yuna_mersidah

hye..salam..nak kongsi citer kat akk ne..dulu saya pnah bertunang..mak minta hantaran 20k dalam masa x sampai setahun..tapi bila pihak lelaki ni da lambat..pertunangkan kena putus macam tue jak..saya cinta sangat kat ex-tunang saya tue..tapi apa kan daya dia x cukup dwet nak bg hantaran..saya x kisah pon brapa hantaran yg boleh derang berikan..masalahnya mak lebih risau pasal hal jiran2 sebelah nak mengumpat pasal anak dia ne..yalah anak jiran sebelah kawen dpat jugak 15k..jadi mak tue jak x mau kalah..x best taw..kalau la mak saya taw tentang hantaran yg rendah tue boleh ag bawa bahagia berbanding hantaran yang banyak..btw..thanx info diatas

rose lyza

sabarlah dik..mungkin ada hikmah..tapi kalau boleh sembang la dgn mak adik tu elok2..kat kampung kak, ada mak prmpuan tu minta mahal jgk..last2, perkahwinan ank dia tu tak berkekalan pun..setahun je..kak pun x pandai sgt, try tnya org yg lebih arif k..