CINTA vs SUKA


yeehaa!! stuju2..(tp jodoh yg parent tetapkan cmna plak?? cmna pe, trima jela..kui3)
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi, bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah SWT
Adalah lebih hakiki dan abadi

 
aku postkan benda ni sbb aku tgh kebosanan yg teramat sgt..nk study malas, baca sket dh tdo 2-3 jam..apa cer?? cik badiuzaman plak tinggalkan aku p jamming...wuuuuaaa

SUKA N NGAK SUKA..HAHA


Berdasarkan kajian yg aku cilok2……..

Lelaki?? Suka:

  • Perempuan yg pndai memasak. Klu xtau, kna blajar ler….
  • Perempuan yg tidak terlalu mengongkong
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • menjadi pendengar yang setia
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  • Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.
  • Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang

Lelaki?? Ngak suka:

  • Perempuan yg selalu jual mahal
  • suka bercakap benda yang tidak berfaedah
  • tidak suka wanita yang suka membangkang
  • mekap yang terlalu tebal ngak suka ya...hehe
  • Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  • terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
  • menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
  • terlalu merengek dan mengada-ngada (gedik gitu!)
  • perempuan yg terlalu meminta-minta
  • Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

happy 4ever after....konon laaa


cinta x mengira saiz..(sbb aku lg besar dr pkwe aku..wakakakaka)


macam2 dh jadi....

hoho..on9 atas tilam..asa ngntok pun ada ni..tp nk update gak blog sbb dh lama x update...pas incident 20 okt tu, asa malas dh nk layan benda2 ni..nk wt keja len pun dh malas.. 
actually baru balik men bowling neh!!! sampai umah 11.30 la pas antar bob kt tmn mewah tu... kami pegi 9 org..bad, naim, aji, bob, akher, piah, kak di, azrin n me...pegi 2 keta, bad n akher...yg lain x pegi..mentang2 td dapat 100 hengget, (x jd p camping) p perabeh trus..dhla lunch kak mc d td ngn bdk2 tu (apis, bad, alin, piah, azrin, kak di n aku laa)..hadoi....apa nk jd la ros oi...asyik nk abehkan ja duit yg ada....hahaha


mc flurry yg sedap, x dapat dilupakan..hahaha

2 hari lpas p tgk wayang..cter cuti-cuti cinta.. ala..cik abg aku 2 nk sgt tgk..susah btol klu dh minat sgt ngn farid kamil tu..pantang da cter baru yg dia blakon, semuanya nk g tgk..huhu.. layanz jela dia ros oi.....utk cter tu, aku bleh bg 4 bintang laa...stakat nk basahkan gigi tu blehla..sbb sure x kering gusi laaa...hahaha


 anak org kaya n miskin..bezla.. p la tgk!!!

mlm sblum mlm ni plak (phm ke?) buat2 phm laa...hahaha.... aku n housemate buat makan2 cket..tp kesian la..kueteow gorg tu pdas...sory la ye kwn2...Insyaallah, nnt ada rezeki kita wat makan2 lg eh..

 baca doa dlu yer...


 sengih2..sekeh baru tau! hehe..jgn marah..


 jom makan2!!


see u next time ya.....

k la, kena chow dulu ni...besok ada jamuan kelas plak..yg specialnya, wat kt empangan sg.kinta..huhu..sakan la bdk2 tu terjun sok.. tata...



20102010

tarikh cun..korg xnk buat pe2 ke nk ingatkan tarikh ni?? ni soalan kwn aku time class td.. mmg aku ingat.. sampai mati pun aku ingat...

kisahnya, td....pas balik dr Giant..aku p beli brg umah n kertas A4 sbb kertas dh abeh..nk print KH plak... semua ok..tp time balik 2, aku n cik abg aku dikejar 2 makhluk yg menakutkan..sungguh, takot sgt2 r.... mmg sgt mngerikan...bad bawak keta laju, ala2 drift la konon..tp xla laju mana pun...hahahaha (dia kena tukar enjin keta dia dlu) time dia drive 2, mmg laju r, seb bek x terlanggar org..mngucap pnjg aku..mmg takot..takot accident, terlanggar org ke...mati kami... pas2, last2 makhluk tu blah..lega, alignmnt tayar cik badiuzaman mcm dh lari cket.. duit lg......x pasal2 kna p bengkel lg...

inila kisahnya.. maaf..walau pe pun jd, xkan cerita kt sapa2..biarla antara aku n abg bad aku yg 'putih gebu' tu je tau.. apa yg kt atas 2 sudah ckup mggambarkan ketakutan yg kami alami..huhu

SUMPAH..SAMPAI MATI AKU XKAN LUPA...20.10.2010

aku x mati lg laa...

SELAYANG WARKAH


Kehadapan cucu-cicitku yang kini berada di alam nyata.
           
Apa khabar kalian semua? Baguslah kalau sihat. Aku? Aku sebenarnya telah lama pergi. Emm..bila tarikhnya aku sendiri dah lupa tapi aku tahu pastinya kalian semua ingat. Jika tidak masakan dapat cemerlang dalam sejarah.
           
Keadaan telah memaksa aku menulis warkah ini. Dalam surat ini, aku tak mahu bercerita panjang tentang perjuangan lagi dah. Tapi ingin menyentuh tentang kehidupan kalian pada zaman sains  dan teknologi. Aku bangga berkat perjuanganku bersama-sama Dol Said, Dato Bahaman, Dato Maharajalela dan lain-lain, kalian semua dapat hidup dengan aman dan damai sekali.

Cucu-cicitku,

            Tak mahu melihat engkau orang terlompat-lompat menari, terkinja-kinja tak kira tempat. Menari apa tu..RAP, ROCK? Sekali tengok macam beruk yang selalu aku temui dalam hutan dulu waktu berjuang menentang Inggeris. Kalaulah aku masih bernyawa, tentu ramai muka merah-merah akibat termakan penampar pendekarku. Tengok tu, yang lelaki rambut panjang, pakai rantai, cincin. Dah tu seluar terkoyak sana-sini. Macam orrang tak cukup makan saja. Badan tinggal tulang rangka. Ish! Ish! Muda-muda lagi dah mati terkena penyakit HIV. Kesian…

            Yang perempuan pula tertedah sana, buka sini. Rambut pula dibiarkan saja terbang. Kononnya nak tarik perhatian orang, nak pikat jejaka-jejaka yang lalu-lalang. Astagfirullah!! Ingat-ingatlah sikit kita ni orang Timur. Tengok aje Tun Teja, tak payah nak “bermake-up” dan tak perlu dedah aurat. Itupun bagai nak gila Sultan Mahmud dibuatnya. Hee..loya tekak aku bila dapat tahu yang anak-anak remaja sekarang ni sibuk nak jadi penyanyi. Kalau aku waktu muda-muda dulu, bila malam pergi tuntut ilmu pendekar. Tapi sekarang..berebut-rebut nak jual aurat tu. Sepatutnya, masa sekarang ni lah engkau orang nak buat amal ibadat. Ini tidak, sesetengah tu, nak mengucap dua kalimah syahadah pun tergagap-gagap. Apatah lagi membaca Al-Quran. Wallahhualamlah aku.

Cucu-cicitku,

            Lihatlah tu ha..bersepah-sepah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Waktu aku dulu setakat candu tu memanglah ada tapi taklah membawa mudarat yang ketara. Kini bukan saja morfin, heroin, LSD dah tu muncul pula kokain. Cubalah kalian jauhi benda-benda ni. Aku rokok sekalipun payah nak mencuba. Aku betul-betul benci melihat cucu-cicitku terlentur kerananya. Hatiku sayu tiap kali melihat sekujur tubuh yang baru belasan tahun menjadi kaku akibat rokok. Aku tahu le kalian nak mati cepat pun tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Fahami! Kalau perkara ini berterusan alamatnya ‘pemuda hamba dadah, pemudi tiang telefon”. Dengar sekali memang pelik tapi inilah realitinya.

            Masyallah..bertaubatlah cucu-cicitku sekalian. Moga-moga perkara ini tidaklah berterusan hendaknya. Sesekali itu apa salahnya bawalah tarian asli ke Amerika. Biarlah mereka berdondang sayang. Kita kan kaya dengan budaya lemah lembut, ye tak?

Cucu-cicitku sekalian,

            Seringkali apabila aku melawat dunia ini, tiada pernah aku melihat kalian di masjid ataupun surau. Cubalah sesekali tu dekatkan diri dengan surau asrama ke, dapat  juga pahala. Dah la, hal ini aku tak boleh salahkan kau orang seratus peratus. Mungkin salah mak bapak kau orang sendiri. Kalau masa aku kecil dahulu, baru nak kenal dunia dah di hantar bapak belajar di sekolah pondok. Tapi aku tengok ibu bapa sekarang lebih suka hantar anak-anak mereka ke kelas muziklah, tari-menarilah, kelas vokallah dan entah apa-apa lagi tah. Pun begitu, syukurlah kerana kerajaan sekarang dah mewajibkan subjek Pendidikan Islam dalam semua peringkat baik diperingkat menengah mahupun rendah. Hairan juga aku tengok kau orang lebih minat Matematik, Geografi, Fizik, Kimia dan sebagainya. Takpelah..itupun ilmu juga kan..tapi yang aku marah sangat ni, bila tiba je masa Agama dan Bahasa Arab, ramai yang mengeluh. Tak cukup dengan itu kau orang berdengkur pula! Aku harap lepas ni ramai yang akan insaf. Dan aku bangga dengan kehadiran Raihan, Brothers, Rabbani dan Hijjaz membawa lagu-lagu dakwah di celah-celah muzik Rap dan alternatif macam si Abot. Entahlah aku pun bukan tahu sangat nama-nama semua itu.

Wahai cucu-cicitku, fikirlah baik-baik. Tenangkanlah hati dan bukalah minda kalian seluas-luasnya. Bersihkanlah hatimu sebersih air suling di dalam makmal. Hanya itu saja yang ingin aku sampaikan, aku bukannya apa tapi aku pun bangga cucu-cicitku bijak lagi suci murni hati nalurinya. Aku setinggi Gunung Everest menaruh harapan sepenuhnya agar anak-anak serta cucu-cicitku sekalian dapat memelihara kemerdekaan ini buat selama-lamanya. Tanpa kalian siapalah hendak ku gantungkan harapan ini lagi.

Akhir kata, sampaikan salam syahdu dariku buat mak bapak kamu sekalian. Sekian.

Wassalam.
                                                                                                               Daripada,
                                                                                                            YB Tok Ayah.


 
  • aku suka baca ni..tu yg saja postkan...huhu..
insaf jap...........