bila rose putus cinta

salam..ini entry sedih..sila sediakan tisu sekotak..hee..aku tipu2 jer...
broken heart..broken promises.....


hari ni nak cakap pasal putus cinta..setiap orang yang beperangai notti2 macam aku, confirm pernah bercinta kan?? kekal tak?? mesti ada yg tak jugak kan....(kalau 1st love kekal terus, alhamdulilah laa) yup, kadang2 sebelum jumpa org yg betul, kita mesti jumpa yg salah..kenapa??tahla..maybe dengan cara tu, kita dapat berfikir baik buruk diri kita, perbetulkan mana yg salah, bg pengalaman, pengajaran n supaya kita lebih berhati-hati dalam bercinta..kot?? ataupun dh dia memang bukan jodoh kita..ataupun lagi ini yg terbaik sebab bila kawin nanti dia buat kita macam sampah?? aiyoo...

sedih tak putus cinta??mestila sedih..tipula kalau kau tak sedih..(kecuali la kalau kau main2 je dengan si dia)..aku sedih bangat ni..camna nak buat?? disebabkan aku pun banyak kali pernah putus cinta, meh aku bagi tips sikit..nak ikot, ikot la..tak nak pun tak pe..nak kongsi jer..org cakap sharing is caring kan??haha

1st...berjumpa, call, mesej atau pe2 la..minta maaf..(kalau salah kita)..kalau tak salah pun minta maaf jela..tak luak pun air liur kau tu..mengalah adalah salah satu cara nak mendamaikan keadaan..ok?? kalau dia tak nak maafkan?? mm..bagila kata2 yg indah sikit..cakap la, "kita dh lama kenal, takkan masalah kecik macam ni pun tak boleh setel..nanti kalau dh kawin, lagi banyak dugaan awak.." maybe dengan cara ni dia sejuk sikit kot..

2nd...kalau dia tetap berkeras, biarkan..jgn terus nk mengacau dia dengan call, msg n segala bagai..cara anda akan membuatkan dia rasa lagi meluat, menyampah, benci...tunggu je, jangan contact dia langsung...(mudah-mudahan cara ni buatkan dia berfikir, bg dia rasa rindu sikit..heee) kalau betul dia sayangkan anda, InsyaAllah, dia akan contact anda semula..percayalahhhhhhhhhh

3rd...dia tak contact anda pun, kira memang dah meluat gler r..ok, time ni kita dah boleh sediakan tisu sekotak..menangisla puas2..tapi jangan lama2..bazir air mata jer..ntah2 dia tinggalkan kita sebab dia ada org baru..aku mengaku, aku jugak bersedih..brapa lama??SEMINGGU..ye, seminggu dah cukup aku bermuram durja di dalam bilik...

lepas tu, kau buat pe rose??buat pe lagi, cari someone la..yg boleh kita luahkan perasaan kita, jd pendengar setia kita..ajar diri sendiri untuk lupakan dia..tanamkan dalam hati PERASAAN MALU (kau dah tak nak kat aku lagi, buat pe aku nak terhegeh2 kat kau lagi?? kau ingat aku ni perempuan yg macam tu ke??heyy..kau memang bukan jodoh aku..benda kecik macam ni kau dah melenting, dah tak boleh setel, macam mana kau nak jadi laki aku nanti??) InsyaAllah anda mampu..mampu untuk tidak menangis lagi..

next..tunggu pe lagi, cari jela pengganti..jangan serik bercinta..org yg serik ni, org penakut jer..kalau si dia dah jumpa org lain, tak kan kita nak tengok n menangis jer??simpan jela air mata tu, dia bukan tau pun kau menangis..tah2 dia bersuka ria n ketawa terbahak2 sedangkan kau???jadi mayat hidup...


WAKE UP!!! DUNIA BELUM BERAKHIR BILA KAU PUTUSKAN AKU (ceh..lagu ni)

ok la..cukup sudah tips2 aku yg penuh emosi tadi..hehe..aku harap, sesiapa yg sedang melalui kesedihan putus cinta, sudah2 la..aku benarkan korang menangis..tapi janji, jangan lama2..JANJI TAU...

(Ya Allah, semoga dia yg terakhir untukku..Amin....)

1 masalah murid:

Kaspersky Seller

Salam rose. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/